Prestasi wakil rakyat PAS-PN meyakinkan rakyat

- Advertisement -

ORANG Kemaman tahu bagaimana Ahli Parlimen dan ADUN PAS-PN bekerja.

Ustaz Che Alias Hamid yang hampir 6 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kemaman antara yang memainkan peranan penting dalam menawan hati pengundi Kemaman. Jika tidak, mana mungkin beliau memperoleh tambahan 25,836 undi pada penggal kedua dicalonkan sebagai Yang Berhormat.

Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Kemasik yang telah menyantuni rakyat sejak 2018 merupakan wakil rakyat profesional yang kaya dengan idea serta solusi buat Kemasik.

Keprihatinan Datuk Razali Idris sebagai ADUN Kijal dan kerja kuat Ustaz Hazri pula terbukti apabila DUN Kijal yang merupakan kubu Ahmad Said telah menyumbang lebih daripada 7,000 majoriti kepada kemenangan Dr. Samsuri.

YB Hanapiah, ADUN Chukai yang sudah menjadi ADUN sejak 2013 adalah terkenal sebagai YB yang mesra dan kuat berkhidmat kepada rakyat sehingga digelar YBC (YB Chukai).

Komitmen Cikgu Razak bekas ADUN Air Putih dan Saudara Mohd Hafiz Adam, ADUN Air Putih yang sudah lama menjadi tulang belakang kepada gerak kerja PAS Kemaman. Baru berusia di awal 40-an dan belum setahun menjadi ADUN tetapi kehadirannya telah dirasai oleh warga Air Putih.

Malah prestasi dan pencapaian cemerlang Dr Samsuri (Dr Sam) sebagai Menteri Besar dan diangkat sebagai calon Ahli Parlimen Kemaman telah memberikan keyakinan buat rakyat untuk bersama legasi kepimpinan ini. 

Kepercayaan rakyat tidak boleh dibeli dengan wang Ringgit. Rakyat menilai prestasi Ahli Parlimen, ADUN serta jentera pasukan PAS-PN yang komited dan rakyat percaya kepada mereka.

Terima kasih pemimpin dan jentera PAS-PN Kemaman atas perkhidmatan terbaik yang ditunjukkan dalam membina Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Ahli Jawatankuasa Kerja Penerangan 
PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -