Kos tangani penularan NCD di Malaysia

Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai kos yang terpaksa ditanggung akibat penularan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dijangka terus meningkat setiap tahun.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata NCD seperti kanser paru-paru, serangan jantung dan penyakit paru-paru obstatik kronik berpunca aktiviti merokok dan vaping.

- Advertisement -

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dalam MySejahtera, menjelang tahun 2030 kerajaan bakal menanggung kos keseluruhan RM8.77 bilion jika kerajaan membendung penjualan bahan rokok tersebut.

“Beban kewangan ini turut dikongsi dengan kos merawat penyakit yang disebabkan oleh rokok dan rokok elektronik seperti penyakit-penyakit ini dengan kos yang dijangka mencapai RM369 juta.

“Adakah penyakit yang disebutkan tadi akibat merokok hanya sekadar andaian atau ada bukti saintifik klinikal menunjukkan akibat dari merokok dan kos terpaksa ditanggung?” katanya.

Pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengakui bahawa NCD berpunca dari aktiviti merokok dan vaping yang tidak dikawal.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan menangani gejala itu dengan menggubal Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sebelum berakhir penggal parlimen ke-15.

Menurut beliau, kos rawatan penyakit tersebut pada tahun 2022 sahaja lebih RM6 bilion yang terpaksa ditanggung, malah gejala tersebut terpaksa dibendung untuk mengurangkan lagi kerugian.

“Kita memang tahu bahawa cara saintifik telah terbukti bahawa penyakit disebutkan tadi memang betul, itu adalah penyakit-penyakit yang telah kita lihat prevalancenya agak tinggi kerana rokok.

“Lebih RM6 bilion merupakan satu angka yang sangat tinggi inshallah oleh itu saya berkali-kali sebut, kita akan menyelesaikan isu ini sebelum berakhirnya sesi parlimen kali ini,” katanya.  HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -