Kerajaan PM10 gagal: Rakyat hilang keyakinan

- Advertisement -

PENARAFAN kelulusan atau ‘approval rating’ adalah indikator yang mengukur populariti atau penerimaan orang ramai khasnya pada seseorang pemimpin, tokoh atau parti politik.

Jika approval rating seseorang pemimpin atau tokoh itu tinggi, ia menunjukkan kepimpinan dan ketokohannya diiktiraf dan disenangi rakyat.

Menurut kajian yang dilakukan badan pengkaji bebas Merdeka Center pada bulan Oktober baru ini ‘approval rating’ Perdana Menteri ke-10 (PM10) Anwar Ibrahim telah menyusut ke hanya 50 peratus berbanding Disember 2022 (ketika itu kadarnya 68 peratus).

Merdeka Center berpandangan kejatuhan sokongan  ini berkait rapat dengan kebimbangan rakyat terhadap masalah ekonomi yang banyak menjejaskan kehidupan mereka.

48 peratus menyatakan mereka kini tidak yakin dengan pentadbiran dan kepimpinan Anwar dengan 60 peratus pula menyatakan negara (bawah PM10) telah mengambil jalan yang salah.

Kajian ini melibatkan 1,220 pengundi berdaftar yang telah dihubungi Merdeka Center.

Terbukti 1 tahun bawah PM10 rakyat berterusan tidak selesa dan sesal menanggung beban.

Kos hidup rakyat tidak berjaya diringankan dengan harga barangan dan perkhidmatan ketara semakin mahal.

Kerajaan tiada kestabilan politik kerana tidak mewakili suara majoriti rakyat, apabila 74 wakil Parlimen Melayu Bumiputera berada di bangku pembangkang.

Dahlah tiada kestabilan, tindak-tanduk kerajaan pula terus menekan termasuklah menafikan peruntukkan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Berdasarkan penemuan terbaru Merdeka Center ini dan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu serta kehidupan rakyat yang semakin susah, Kerajaan Campuran PM10 ini terbukti gagal dan telah hilang keyakinan rakyat.

Kemenangan besar di PRK Kemaman nanti akan mengesahkan dapatan ini, justeru parti-parti gabungan yang menyokong Anwar wajarlah bertindak kerana suara rakyat yang mereka wakili sudah mula menolak PM10.

“Kemaman for change”

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -