Elak kesesakan sangat teruk di hospital utama

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kesesakan yang sangat teruk di hospital utama mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan fasiliti dan kemudahan di klinik-klinik kesihatan seperti kekurangan doktor pakar, ambulans dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan yang sangat teruk di hospital utama.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan berapakah jumlah usahawan yang gulung tikar ekoran kelembapan ekonomi semasa dan apakah usaha Kementerian untuk membantu usahawan terjejas.     

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan beban guru bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan pelan tindakan Kementerian dan berapa bilangan jabatan dan agensi khusus telah dan akan dilibatkan secara aktif dalam menjaga pembangunan, perlindungan dan kebajikan seramai 9.19 juta orang kanak- kanak iaitu 28.1% daripada penduduk Malaysia, memandangkan ia adalah golongan terpenting dalam membentuk generasi akan datang.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha Kementerian dalam meningkatkan fasiliti dan kemudahan di klinik-klinik kesihatan seperti kekurangan doktor pakar, ambulans dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan yang sangat teruk di hospital utama.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan Kementerian untuk mengurangkan kos bayaran bagi pengambilan lesen terutama lesen motor dan kereta disebabkan ramainya anak-anak remaja tidak mempunyai lesen atas sebab tiada kemampuan.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan Kerajaan dalam menaik taraf dan menambah baik Program Dana Bantuan dan Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang menghubungkan antara kawasan bandar-bandar utama dengan kawasan luar bandar.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) masih menular dalam masyarakat kita sejak sekian lama dan langkah-langkah terbaharu yang sedang dirangka bagi mengekang penyakit berbahaya ini.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) status penggunaan perkhidmatan kenderaan awam berbanding kenderaan persendirian dan apakah pencapaian Malaysia sehingga kini; dan
(b) apakah ada perancangan untuk penyambungan LRT3 yang berakhir di Johan Setia ke destinasi seterusnya.

Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah usaha-usaha proaktif yang telah dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa seperti APMM dalam menangani ancaman pencerobohan nelayan asing dan jenayah rentas sempadan selain daripada membuat rondaan kapal dan bot secara berkala.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan bolehkah Kerajaan membantu pekebun kecil untuk bantuan tanaman sawit melalui MPOB seperti bantuan tanaman semula getah oleh RISDA. Ini adalah kerana pihak RISDA juga sebelum ini pernah mengembangkan produk bantuan tanaman sebelum ini sebagai bantuan penuh seperti komuniti getah namun ianya ditamatkan pada tahun 2018.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan pihak Kementerian nanti bagi Hospital Changkat Melintang selepas Hospital Seri Iskandar bakal digunakan kelak.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pelan strategik jangka masa panjang oleh Kementerian bagi memastikan pengangkutan awam seperti bas dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat secara komprehensif terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyakkah jumlah bilangan sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Perantis Industri Menengah Atas (PIMA) di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

a) nisbah anggota polis yang diamalkan PDRM kepada jumlah penduduk; dan
b) jumlah anggota yang ditempatkan bagi setiap balai polis.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan semula subjek khusus berkenaan pendidikan alam sekitar yang pernah dicadangkan pada tahun 2017.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah insentif yang disediakan untuk pembantu pegawai perubatan (PPP) yang bertugas dari klinik kesihatan dan fasiliti swasta yang bekerja lebih masa di hospital Kerajaan.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kementerian bakal meneruskan agenda pembinaan sekolah miskin tegar yang dijangka bermula pada awal tahun hadapan.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) mengambil kira situasi ekonomi semasa dalam pembaharuan fiskal negara serta implikasinya terhadap rakyat.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan:

(a) berapakah jumlah taska dan fasiliti penjagaan bayi dan kanak kanak di seluruh negara; dan
(b) nisbah keperluan pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak yang diperlukan bagi memungkinkan ibu muda masuk semula bekerja.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan kajian dan perancangan Kementerian untuk menggunakan sistem pendaftaran digital selaras kepada hospital daerah dan klinik kesihatan daerah seluruh negara terutamanya di daerah Dungun.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah terdapat usaha untuk memperkenalkan semula laluan udara Alor Setar-Kota Bharu.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana siasatan telah dijalankan ke atas pemimpin anggota Kerajaan yang menyentuh isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum), serta status siasatan terhadap Ahli Parlimen Bagan berhubung kenyataan yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 23/11/2023