Hujan lebat tidak halang rakyat pertahan Enakmen Syariah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan berjaya mengumpul sebanyak RM3.056 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan kepada penduduk Palestin.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata,
hasil kutipan berkenaan akan diserahkan kepada NGO di bawah Tabung Aid4 Palestin untuk terus diserah dalam masa terdekat.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak dan seluruh rakyat Kelantan yang menyalurkan sumbangan tersebut.

“Kita berjaya mengumpul lebih RM3 juta dalam masa seminggu dan amat bersyukur dengan sifat dermawan dalam kalangan rakyat kita.

“Malah ada juga menderma dalam bentuk barangan termasuk barang kemas dan jam,” katanya pada Himpunan Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudiannya beliau berkata, walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak menghalang semangat rakyat Kelantan berkumpul dan bermunajat demi mempertahankan Enakmen Kanun Syariah dan Solidariti Palestin.

Katanya kehadiran ribuan menandakan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin serta mempertahankan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan tersebut. – HARAKAHDAILY 19/11/2023

- Advertisement -