Pindaan IHR 2005 dikhuatiri ancam kedaulatan negara

Ramalan Yunus
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dibimbangi menjejaskan kedaulatan sesebuah negara.

- Advertisement -

IHR dikatakan berpotensi memperhambakan mana-mana kerajaan termasuk dasar kesihatan yang sedia ada akan berada di luar kawalan.

Pakar ekonomi bebas Dr Ramalan Yunus berkata, rakyat boleh melihat bagaimana pertubuhan-pertubuhan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan PBB gagal menyelesaikan masalah ekonomi dan konflik dunia.

Di sebalik kehadiran mereka menyebabkan sesebuah negara terjajah secara tidak langsung.

“Takkan kita nak fikir WHO berbeza dengan yang lain, lebih-lebih lagi yang mengawal dunia sekarang ialah Amerika Syarikat yang merupakan sekutu kepada negara haram Israel,” katanya di sini.

Beliau mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati dengan apa pun dasar digubal badan dunia terbabit kerana ada elemen tersirat.

Menurutnya penjajahan yang paling bahaya dalam bentuk pemikiran separa sedar yang menyebabkan rakyat diperhambakan oleh pihak-pihak terbabit.

Kata beliau kepimpinan kerajaan yang lemah hanya akan membuka ruang kepada penjajahan terus berlaku sekiranya kerajaan tidak membantah pindaan IHR 2005.

Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ketuanya Datuk Nadzim Johan dilapor berkata, Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember ini iaitu tarikh akhir bantahan supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat. – HARAKAHDAILY 17/11/2023

- Advertisement -