Kedaulatan Syariah: Kemerdekaan kita yang cuba dijajah!

- Advertisement -

KITA difahamkan bahawa apabila kita merdeka, kita mempunyai hak sebagaimana hak untuk menjalankan agama dan juga undang-undang kita sebagaimana sebelum kita dijajah. 

Kemerdekaan sepatutnya bermakna kita terbebas dari penjajahan serta membolehkan kita menentukan cara hidup, agama, sistem peraturan negara, dan undang-undang kita mengikut acuan Islam.

Namun, rupanya tidak begitu. Kemerdekaan yang diberikan bersyarat. Kita diberikan kemerdekaan tetapi dengan syarat agar kita teruskan sistem yang mereka amalkan semasa memerintah negara ini. 

Akhirnya, kita mendapati bahawa hak kita sebagai orang Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan mengamalkan sistem mereka.

Beginilah nasib umat Islam hari ini. Kita merempat di tanah air sendiri, dihina di tanah air sendiri, dan mempertahankan sisa-sisa yang masih kita miliki. Malah, sedikit sahaja yang masih kekal untuk kita, tetapi itu pun cuba diambil daripada kita.

Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Palestin. Awalnya mereka menyambut dengan gembira tetapi sekarang mereka dihadapkan dengan pelbagai cabaran. Begitu malang bagi umat Islam. Menuntut hak dalam negaranya sendiri. Hak itu semakin terhakis sedikit demi sedikit.

DATO’ DR MOHAMED FADZLI HASSAN
Timbalan Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 16/11/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -