Tiada apa-apa masalah kesihatan serius – Ustaz Kamal

Ustaz Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya kini sudah stabil setelah dibenarkan keluar dari wad pada Isnin lepas.

- Advertisement -

Menurut beliau, setakat ini doktor yang merawatnya tidak mengkehendaki beliau untuk melakukan apa-apa prosedur susulan seperti pembedahan atau sebagainya.

“Mengikut doktor penyakit saya ni berkaitan angina (gejala kepada penyakit arteri pulmunori). Sikit sahaja, minor sahaja. Dan tidak memerlukan apa-apa pembedahan.

“Cuma doktor bagi makan ubat dan suruh rehat yang cukup sahaja. Dan sekadar kena hadir appointment biasa doktor. Itu sahaja. Sekarang sudah rasa segar,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Tetap PAS Pusat telah dikejarkan ke hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh pada 6 November lepas.

Mengulas kejadian itu, beliau menjelaskan bahawa ia berlaku apabila pada ketika itu beliau berasa pening dan tidak stabil.

“Jatuh di rumah. Mungkin pening, berpusing sikit kepala. Berpeluh sikit dan di dada itu sakit. Yang lain-lain okey,” ujar beliau.

Ustaz Kamal yang menghadiri semula sidang Dewan Rakyat mulai semalam setelah dibenarkan keluar hospital berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini. – HARAKAHDAILY 15/11/2023

- Advertisement -