Status Suruhanjaya Orang Asal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali (PN-Kapar) meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan perkembangan terkini cadangan mewujudkan Suruhanjaya Orang Asal.

- Advertisement -

Beliau yang sebelum ini pernah mengemukakan cadangan itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu bertujuan untuk meningkatkan taraf Orang Asli di Semenanjung dan Orang Asal dari Sabah dan Sarawak.

“Tidak silaplah…menteri hari itu jawab kepada saya akan dibincangkan (penubuhan suruhanjaya), jadi saya nak tahulah updatenya (terkini), sudah dibincangkan atau belum?

“Saya lihat di New Zealand, Orang Asalnya memang jelas telah dinaik taraf dan memang mereka mempunyai identiti yang jelas,” katanya ketika mencelah ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri membuat penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar kerana mengemukakan soalan itu dan memberitahu bahawa penubuhan suruhanjaya itu akan disekalikan dengan pindaan akta untuk Orang Asal. – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -