10 fakta mengenai HAMAS yang perlu anda tahu

- Advertisement -

33 HARI sejak Taufan Al-Quds berlaku. Satu demi satu kehebatan pasukan HAMAS telah ditunjukkan kepada Israel serta dunia.

Walaupun pelbagai imej buruk cuba ditempelkan oleh media Barat, namun HAMAS tetap teguh menjadi wira ummah yang disokong seluruh orang beriman.

1. HAMAS adalah singkatan kepada Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang bermaksud Gerakan Perjuangan Islam. HAMAS (حماس) juga membawa maksud semangat. 

2. HAMAS didirikan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada Disember 1987 bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung Ikhwanul Muslimin di Ghazzah).

3. HAMAS menubuhkan sayap ketenteraan di bawah Sheikh Solah Shahadah, dengan gelaran Briged al-Qassam yang kini menjadi mimpi ngeri Yahudi Zionis.

4. HAMAS melakukan operasi pertama pada 1989 dengan menawan serta membunuh 2 tentera IDF yang menyebabkan Syeikh Ahmad Yassin ditangkap.

5. Mulai tahun 1994, HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel sehingga menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi.

6. HAMAS turut muncul dalam wadah politik dengan mengambil peluang daripada sistem demokrasi.

7. Disember 2004, HAMAS masuk ke dalam sistem politik dengan menyertai pilihan raya perbandaran Palestin.

8. Pilihan Raya Umum 2006, HAMAS menang 76 daripada 172 kerusi Parlimen sehingga Israel rasa tergugat. Maka strategi Netanyahu sejak 2009 adalah untuk mewujudkan pakatan dengan negara-negara Arab bagi melawan Iran, sekali gus melemahkan HAMAS.

9. Obligasi HAMAS ialah untuk mendapatkan kembali al-Quds serta setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis.

10. Unjurannya pada 2026 mereka akan menawan sepenuhnya tanah suci Palestin.

Kewujudan dan perjuangan HAMAS telah membawa sinar buat rakyat Palestin serta umat Islam.

Sesiapa yang memusuhi mereka akan turut dimusuhi kita semua!

Sekian.

MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu
9 November 2023 – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -