Mudahkan permohonan skim bantuan pekebun kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) menggesa kerajaan mempermudahkan permohonan skim bantuan usahawan yang dibuat oleh pekebun kecil.

Beliau berkata, pekebun kecil membuat banyak aduan berkaitan permohonan berkenaan, termasuk ada yang tidak mendapat sebarang maklum balas.

- Advertisement -

“Masalah yang sering dihadapi oleh pemohon ialah tidak diberi maklumat seperti yang ditaklimat dan menerima pelbagai alasan seperti bekalan tidak cukup dan syarat tambahan yang merumitkan, selain permohonan tiada sebarang respon.

“Ada yang menerima jawapan seperti tunggu peruntukan tahun depan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Salamiah membangkitkan isu berkaitan peningkatan taraf hidup orang asli.

“Bagaimana penilaian kenaikan taraf hidup warga masyarakat ini kerana sebahagian besar mereka masih berada dalam kehidupan di tahap lama seperti dari segi pendapatan, pendidikan dan infrastruktur sedia ada.

“Berapa peratus golongan ini sudah keluar dari garis kemiskinan dan kemiskinan tegar,” katanya – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -