Jenazah Ustaz Hassan Al Makki selamat dikebumi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jenazah imam solat tarawih pertama Qaryah Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada 1994, Ustaz Hassan Al Makki selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbat dekat sini, kira-kira pukul 5.00 petang semalam.

- Advertisement -

Allahyarham atau nama sebenar Fauzi Iberahim, seorang hafiz, merupakan ayah kepada Ahmad Naufal Fauzi, juara Qari Jr musim kelima TV3 (2016).

Isteri allahyarham Wan Mariati Abdul Kadir, ketika dihubungi hari ini memberitahu allahyarham suaminya itu meninggal dunia pagi 8.45 pagi semalam di Kampung Tiong dekat sini kerana cirit birit.

Menurutnya, ketika itu mereka sedang menunggu kedatangan ambulans di rumah berikutan allahyarham tidak lagi bertenaga.

“Arwah ustaz mula terkena cirit birit Isnin lalu dan memohon untuk bercuti. Apabila keadaannya kembali pulih, arwah mula mengajar sebagaimana biasa pada Selasa dan Rabu.

“Bagaimanapun awal pagi Khamis ustaz kembali mengalami cirit birit dan bergegas ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll.  Bagaimanapun ketika rawatan dibuat kesihatan ustaz baik seperti tekanan darah dan gula dalam darah, semua baik,”ujarnya.

Mariati berkata, kerana allahyarham agak letik ketika itu rujuk pada bahagian dialisis, kemungkinan keletihan yang dialami kerana buah pinggangnya belum dicuci.

Namun bagaimanapun, jelasnya bahagian dialisis tidak mahu mengambil risiko untuk mencuci memandangkan allahyarham dalam keadaan keletihan.

Akhirnya kata Mariati, allahyarham diminta masuk wad untuk menerima rawatan susulan.

“Tetapi waktu itu ustaz minta untuk pulang ke rumah dahulu disebabkan arwah berasa tidak selesa dan sering masuk tandas.

“Selepas beberapa kali masuk tandas sambil menunggu ambulans kerana ustaz semakin letih, nafas ustaz agak laju dan akhirnya ustaz meninggal dunia dan telah disahkan oleh petugas hospital yang datang bersama ambulans,” ujarnya.

Allahyarham Ustaz Hassan mendapat pendidikan al Quran sewaktu berada di Mekah ketika masih kecil.

Pemergiannya semalam mengejutkan orang ramai yang mengenalinya, terutama bekas pelajarnya.

Allahyarham berjaya melahirkan ribuan pelajar al Quran di pusat tahfiz sendiri.

Kedua orang anaknya iaitu yang sulung dan kedua lulusan Diploma Darul Quraan JAKIM Kuala Kubu Baru, Selangor di mana kini Ahmad Naufal turut belajar di tempat yang sama di tahun dua. – HARAKAHDAILY 3/11/2023

- Advertisement -