MP sokong PM: PAS Labuan tetap teguh bersama PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Labuan mengklasifikasikan tindakan dibuat Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Dr Suhaili Abdul Rahman yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri (PM) sebagai keputusan persendirian.

Yang Dipertua PAS Labuan, Hamir Zahari berkata, hal tersebut sama sekali bukan keputusan Perikatan Nasional (PN) Labuan di mana tindakan diambil Dr Suhaili adalah tanpa sebarang perbincangan dilakukan.

Dr Suhaili menyusuli tindakan sama dibuat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid apabila menyatakan sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media pada 30 Oktober baru-baru ini.

“Keputusan ini diambil beliau tanpa sebarang perbincangan dibuat bersama PAS Labuan selaku rakan pakatan dalam PN. 

“Oleh itu, kami ingin menegaskan bahawa seluruh pimpinan PAS Labuan berdiri teguh dengan prinsip politik yang dibina bersama PN menghadapi PRU15 lalu.

“PAS Labuan akan terus komited melangsungkan gerak kerja politik untuk membela nasib penduduk Labuan tanpa mengenepikan prinsip ukhuwah, kerjasama politik dan kepentingan PN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -