Presiden PAS buat panggilan telefon kepada Ketua HAMAS

Yakin kebangkitan di Palestin adalah permulaan ke arah kemenangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Politik HAMAS, Syeikh Ismail Haniyeh telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, demikian lapor web rasmi pergerakan itu, semalam.

Dalam panggilan tersebut, beliau menyatakan keyakinan mewakili PAS bahawa kebangkitan sedang berlaku di Palestin kini adalah permulaan kepada kemenangan yang nyata.

Tuan Guru Abdul Hadi turut mengesahkan dukungan dan menegaskan solidariti penuh PAS kepada HAMAS dan rakyat Palestin di mana melihat sokongan sama ditunjukkan rakyat Malaysia termasuk negara Islam dan Arab lain.

“Kami berada dalam kedudukan yang sama dengan Palestin. Tua dan muda, lelaki dan wanita. Orang-orang itu (Zionis-Israel) melakukan Holocaust di Gaza,” ujarnya memuji HAMAS dan Al-Qassam telah berada di barisan hadapan negara dan tetap mempunyai pelapis.

Bagi Syeikh Ismail, beliau sangat menghargai pendirian jelas PAS menyokong Palestin dan penentangannya terhadap Israel serta membawa Malaysia untuk mengangkat sokongan ke pentas sejagat.

Beliau turut memaklumkan kepada Presiden PAS itu sebab-sebab pertempuran, akibatnya dan situasi semasa di Semenanjung Gaza, selain menyatakan keteguhan HAMAS memimpin kebangkitan itu sehingga mencapai kemenangan besar.

Syeikh Ismail turut menyeru pelbagai pihak termasuk media untuk membantu rakyat Palestin di segala peringkat, selain membantu mendedahkan jenayah penjajahan serta menyangkal naratif Zionis. – HARAKAHDAILY 31/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -