Solidariti Palestin: Pemimpin DAP, PKR dedah wajah sebenar

- Advertisement -

PEMUDA PAS Pahang mengecam satu hantaran di media sosial oleh YB Nga Kor Ming yang mengaitkan berpakaian seperti Pejuang HAMAS ini adalah satu fahaman ekstremis.

Pemuda PAS Pahang juga menyelar tindakan yang dilakukan oleh 12 Wakil Rakyat PKR termasuk seorang Wakil Rakyat PKR daripada N.13 Semambu YB Chan Chun Kuang yang menggesa KPM mengkaji semula program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah kerana kononnya membawa unsur kedendaman dan keganasan.

Di sini Pemuda PAS Pahang ingin menegaskan bersolidariti untuk Palestin ini bukanlah menerapkan kefahaman ekstremis, kedendaman mahupun keganasan tetapi ia lebih menerapkan kepada semangat cintakan kedamaian, sayangkan agama, bangsa dan negara.

Pemuda PAS Pahang menuntut agar Wakil-wakil rakyat daripada PH khususnya YB Nga Kor Ming, YB Chan Chun Kuang serta 11 lagi wakil rakyat PKR agar menarik balik hantaran media sosial mengenai mengaitkan Palestin dan Pejuang HAMAS dengan ekstremis, kedendaman dan keganasan dan menarik balik tuntutan kepada KPM untuk mengkaji semula program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah.

Pemuda PAS Pahang juga mengingatkan Solidariti kepada Palestin ini bukanlah satu agenda politik, bukanlah ekstremis mahupun keganasan tetapi ia merupakan isu sejagat yang perlu diperjuangkan.

Sekali lagi Pemuda PAS Pahang menyelar tindakan yang dilakukan oleh YB Nga Kor Ming dan 12 Wakil Rakyat PKR termasuk YB Chan Chun Kuang daripada N.13 Semambu sebagai bacul dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Bir Ruh!!!!
Bid Dam!!!
Nafdi Ka Ya Aqsa!!!

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA(M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 30/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -