Tiada lagi lokasi selamat di Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pejabat Komunikasi Lapangan iReach Malaysia di Gaza, Palestin dibom oleh tentera zionis Israel, semalam.

- Advertisement -

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa iReach Malaysia-Gaza, Johan Arif memberitahu, kawasan berkenaan sebelum ini dijadikan lokasi menyediakan makanan siap dimakan.

Katanya, kini sukareLawan iReach di Gaza terpaksa berpindah ke lokasi lain yang dianggap lebih selamat walaupun hakikatnya tiada lagi lokasi selamat di Gaza.

“Ini kerana Gaza City akan diserang dan dirempuh besar-besaran oleh tentera zionis.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia sama sama berdoa kerana hanya Allahlah yang selayaknya untuk kita sandarkan harapan dan pertolongan.

“Semoga ada keajaiban dari langit yang akan membantu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johan memberitahu, jumlah kematian kini hampir mencecah 10,000 termasuk mangsa-mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan, di mana 50 peratus daripadanya adalah kanak kanak. – HARAKAHDAILY 28/10/2023

- Advertisement -