KETIKA Baginda Rasulullah S.A.W tiba di Madinah, masyarakat Madinah pada ketika itu terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
1. Kaum Muslimin (Muhajirin dan Ansar).
2. Kaum Musyrikin (Musyrikin yang tidak memusuhi Islam dan Musyrikin yang memusuhi Islam).
3. Kaum Yahudi (Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah).
Kaum Yahudi mendominasi banyak perkara di Madinah, selain dari ekonomi bahkan politik mereka juga pegang. Penolakan Yahudi terhadap Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W begitu ketara sekali semenjak dari awal ketibaan Baginda Rasulullah S.A.W.
Beberapa faktor penolakan Yahudi untuk menerima Islam ialah:
1. Ajaran Islam mengajak untuk berbuat baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik bagi masyarakat. Perkara ini adalah bertentangan dengan Yahudi, apabila masyarakat baik maka itu suatu kerugian bagi mereka, kerana mereka banyak mengambil keuntungan daripada ketidak baikannya masyarakat.
2. Ajaran Islam menganjurkan untuk beramanah, bahkan semua perkara terikat dengan halal dan haram. Bagi Yahudi apabila terikat dengan halal dan haram itu akan membantutkan perkembangan negara, baik dari segi ekonominya, politiknya begitu juga dengan sosialnya.
3. Yahudi mengambil keuntungan daripada kejahilan dan kerosakan masyarakat. Islam mengajak untuk meninggalkan kejahilan dan kerosakan.
Demikianlah gambaran mengapa Yahudi begitu memusuhi Islam bukan ketika zaman Baginda Rasulullah S.A.W sahaja, bahkan sehingga kini mereka begitu memusuhi Islam. Kerana bagi mereka Islam ialah penghalang besar dari mencapai matlamat yang telah mereka gariskan.
Semoga kita terjauh dari golongan yang berperangai seperti Yahudi.
IBNU SATIRIN AL BANTHANY – HARAKAHDAILY 17/10/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0GnCc3nCAw1pfRbowBNLiyrUE5yJYTezHLjZ6c64iaU5rtUbWhdnBrSYZNQy75kN8l&id=100061178882702&mibextid=Nif5oz
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!