Kanak-kanak disyaki panjat sebelum jatuh ke dalam mesin basuh

- Advertisement -

IPOH: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh oleh neneknya semalam, disyaki memanjat dan terjatuh ke dalam mesin basuh berkenaan yang sedang beroperasi.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kanak-kanak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme itu, dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan keketika semua orang di dalam rumah sedang tidur dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.

“Mesin basuh tersebut jenis muatan atas dan ketika kanak-kanak itu ditemukan mesin sudah berhenti beroperasi. Kami percaya kanak-kanak itu memanjat mesin basuh dan terjatuh ke dalamnya,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11.02 pagi.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

Sementara itu, Yahya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Menurutnya jenazah kanak-kanak itu telah dikebumikan di Johor hari ini. – BERNAMA

- Advertisement -