Umpan beras murah raih undi di PRK Pelangai

Pembungkus beras berjenama Beras Makmur berwajahkan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Viral di media sosial terdapat dua treler membawa beras import yang dijual dengan harga subsidi sebanyak RM25 untuk sekampit 10 kilogram.

- Advertisement -

Perkara itu didedah di banyak laman Facebook termasuk milik Bazaie Tuan Muda Puceceh dan ramai lagi.

Ekoran itu ramai tidak berpuas hati melihat video tular penjualan beras makmur di tempat berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pelangai semalam. Carian ‘beras Pelangai’ di Facebook menjadi trend popular.

Pengguna Facebook, Merong Mahawangsa berkata, bekalan beras tempatan banyak ketika kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai berlangsung.

“Semasa kempen PRK Pelangai, banyak beras tempatan diagihkan. Kenapa di PRK banyak beras tempatan walhal golongan marhaen di seluruh nak beli beras agak sukar nak dapat beras tempatan?

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun, banyak rasanya isu semasa PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU).. tapi kenapa tiada tindakan?” katanya.

Di samping itu, pengguna akaun Daud Ibrahim merasakan ketidakadilan berlaku apabila beras menjadi umpan untuk meraih pengundi di Pelangai.

“Rasuah tidak boleh dipisahkan dari puak-puak penyamun. Kerana nak undi, umpan beras kepada pengundi. Inilah yang dikatakan ‘tiada integriti’. SPR tidak nampak? Mungkin tiada aduan diterima. Mewah orang Pelangai seminggu dua ini,” katanya.

Abu Darwish di Facebook berkata, orang ramai perlu menunggu PRK jika mahu beras secara mudah.

“Hari ini orang Pelangai boleh rasa beras murah, akan datang orang Kemaman pula. Orang lain, tunggu PRK lah kalau nak beras murah,” katanya.

Selain itu, Rizal Jimie di ruangan komen, tidak berpuas hati dengan adanya kempen Jualan Rahmah beras di Pelangai yang begitu mudah didapati.

“Apa semua ni! Rakyat susah korang (kerajaan) boleh buat macam ni kat rakyat. Korang simpan beras untuk kepentingan korang. Ini betul-betul buat aku tak puas hati,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/10/2023

- Advertisement -