Royalti: Negeri terima belum capai anggaran dana khas

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Bayaran wang royalti diterima kerajaan negeri belum mencapai anggaran dana khas dalam belanjawan 2023 iaitu berjumlah lebih RM1.5 bilion.

- Advertisement -

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri hanya menerima sebanyak RM405 juta bayaran dana khas (wang ehsan) daripada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh Disember 2022 hingga September 2023 dengan jumlah enam kali pembayaran.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Adun Manir, Hilmi Harun mengenai jumlah bayaran dana khas (royalti) yang telah diterima oleh kerajaan negeri dalam tempoh Disember 2022 hingga September 2023 pada Persidangan Dewan Undagan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Menjawab soalan Adun Seberang Takir, Khazan Che Mat mengenai jumlah lima peratus hasil petroleum yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun 2022, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri hanya menerima hasil wang ehsan berjumlah RM1.39 bilion daripada Kementerian Kewangan.

Menurutnya, lima peratus hasil petroleum yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh Petronas telah dibayar terus kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan diperakaunkan di bawah Akaun Amanah Dana Khas Kerajaan Persekutuan Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957.

“Akaun amanah tersebut dikawal selia oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan di bawah Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/10/2023

- Advertisement -