‘Tidak dipertandingkan’ dengan ‘tidak ada pertandingan’

DUDUK riuh pula kata kononnya PAS sama macam Umno bila 5 jawatan utama dalam PAS tak ada pertandingan dalam muktamar kali ini. 

Tidak dipertandingkan dengan tidak ada pertandingan, jauh berbeza, tak sama!  

Ini nak habaq bagi faham:

1. Yang cadang supaya jawatan Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan adalah perwakilan PAU sendiri. 

2. Maksudnya, Umno sendiri yang menghalang ahlinya mencalonkan diri atau calon lain untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Kena kekal sokong Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada walaupun ada ahli tak suka. 

3. Berbeza dengan PAS. Tiada apa-apa halangan bagi sesiapa sahaja menjadi calon untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan mana-mana jawatan dalam parti. Semua ahli bebas menjadi calon, dicalonkan dan bertanding. 

4. Setelah tempoh pencalonan ditutup, hanya ada seorang sahaja calon untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Difahamkan calon tunggal itu ialah penyandang yang ada sekarang. Maknanya ahli masih suka dan setuju dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada. 

5. Ada 4 orang calon untuk 3 jawatan Naib Presiden PAS. Seorang tarik diri, tinggal 3. Maka tiada pertandingan. Jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja ada pertandingan. 

Maka, pemilihan 5 jawatan utama di dalam PAS tidak ada pertandingan, walaupun dibuka pencalonan. 

Berbeza dengan Umno, 2 jawatan utamanya tidak dipertandingkan walaupun ada orang lain nak jadi calon lawan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada. 

Kesimpulan, PAS terbuka dan ada demokrasi. 

Umno, terkatup sikit dan tak berapa nak demokrasi. Itu bezanya. 

Sekian. 

AFNAN HAMIMI TAIB AZZAMUDDEN
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 29/9/2023

Advertisement