‘Hanya orang susah faham kesayuan saya’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Pagi ni rasa sayu dan hiba sangat masa solat Subuh di Surau Kampung Jeram Tepi Merbau Sempak,” ujar Dr Mazri Yahya dalam hantaran di Facebook beliau, pagi ini.

- Advertisement -

Menurutnya, selama empat hari berkempen macam-macam masalah penduduk yang dijumpai.

Beliau berkata, hajat hati hendak menyelesaikan semua dalam satu masa cumanya belum berkesempatan.

“Tetiber keluar kisah saya kecil-kecil dulu. Hanya orang susah faham kesayuan saya pagi ni.

“Tapi, sambutan baik jamaah surau menceriakan pagi saya,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan semangat dan sokongan kepadanya.

Baginya, Simpang Jeram semakin membekas di hati.

Beliau yang mempunyai kemahiran dalam pembedahan vascular bertanding mewakili PERIKATAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pada PRK DUN Simpang Jeram, Dr Mazri berdepan dengan calon PH, Nazri Abd Rahman dan Bebas, S Jegananthan.

PRK DUN Simpang Jeram diadakan serentak dengan Parlimen Pulai berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 9 September sementara pengundian awal 5 September. – HARAKAHDAILY 30/8/2023

- Advertisement -