MB terajui portfolio Perancangan, Pentadbiran Awam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menerajui portfolio Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang.

- Advertisement -

Anggota Exco yang dikekalkan pada penggal ini iaitu Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman dilantik sebagai Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan.

Dato’ Dr Izani Husin pula mempengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar.

Wan Roslan Wan Hamat mengetuai Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail kekal menerajui portfolio Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi.

Sementara itu lima anggota Exco baharu, iaitu Adun Guchil, Hilmi Abdullah dilantik sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Adun Demit, Mohd Asri Mat Daud sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

Adun Tanjong Mas, Rohani Ibrahim mempengerusikan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.

Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat diterajui Adun Apam Putra, Zamakhshari Muhamad.

Adun Ayer Lanas, Dato’ Kamaruddin Md Nor dilantik sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -