Dr Ahmad Samsuri kunjungi Ustaz Azhar Idrus

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus di rumahnya, di sini hari ini.

- Advertisement -

“Memimpin negeri dan keluarga, seninya berbeza namun saling memerlukan. Apa kata anda?” ujar Dr Samsuri menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak”. (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

Dr Ahmad Samsuri berharap semoga murabbi kesayangan rakyat Terengganu itu sihat selalu.

“Terima kasih atas sokongan dan nasihat Ustaz selama ini,” katanya lagi.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah bagi penggal kedua pada jam 3.15 petang, Selasa lalu. – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -