Selamat buang undi: Cikgu Syarifah bersyukur

Cikgu Syarifah hadir membuang undi di SAR KAFA Integrasi Alhuda, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor pada pagi ini, Sabtu, 12 Ogos 2023.
- Advertisement -

AMPANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sharifah tiba di pusat mengundi di SAR KAFA Integrasi Alhuda, Taman Rasmi Jaya,di sini pada jam 9.30 pagi ini.

Cikgu Sharifah yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang tiba bersama-sama pasukannya di pusat undi tersebut, menzahirkan kesyukuran sejurus sahaja selepas membuang undi di pusat mengundi.

“Alhamdulillah selesai membuang undi di pusat mengundi KAFA Al Huda, Taman Rasmi Jaya, Ampang,” katanya.

- Advertisement -
Calon DUN Lembah Jaya ini hadir di pusat mengundi di SAR KAFA Integrasi Alhuda, Taman Rasmi Jaya, Ampang bersama-sama pasukannya pada jam 9.30 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di Lembah Jaya keluar mengundi untuk tunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri Selangor 2023 ini. “Keluar undi awal, bimbang cuaca kurang elok, hujan pada waktu petang,” pesan beliau.

Terdahulu, kedatangan beliau disambut oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penduduk di kawasan tersebut yang sedang menunggu giliran untuk mencabut undi.

Anak-anak muda tidak ketinggalan keluar mengundi awal di SAR KAFA Integrasi Alhuda, Taman Rasmi Jaya, Ampang.

Beliau memberitahu bergegas pula untuk melawat ke pusat-pusat mengundi yang lain, iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Indah dan sekolah-sekolah yang lain.

Sementara, suasana di SAR KAFA Integrasi Alhuda kelihatan  tenang dan lancar, dan pengundi-pengundi termasuk anak-anak muda sabar menunggu giliran untuk membuang undi. – HARAKAHDAILY 12/8/2023

- Advertisement -