PRN: Lebih 90 peratus undi awal setakat 3 petang

Calon PAS di Dun Sura melawat pusat mengundi awal di Dungun. Foto Harakahdaily oleh ABDUL HADI ABD RANI.)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi bagi undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu merekodkan lebih 90 peratus di empat negeri setakat pukul 3 petang.

- Advertisement -

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu dan Kedah merekodkan peratusan paling tinggi iaitu masing-masing 93 peratus, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan (91 peratus) manakala Kelantan dan Pulau Pinang (90 peratus).

Peratusan undi awal PRK Parlimen Kuala Terengganu pula direkodkan sebanyak 92 peratus, menurut maklumat yang dipaparkan di laman web rasminya.

Proses undi awal hari ini melibatkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat, manakala pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu melibatkan 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan pula terlibat dengan proses

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula pukul 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – BERNAMA

- Advertisement -