Saifuddin, henti peralat SPRM

- Advertisement -

BELUM berakhir lagi SPRM digunakan sebagai alat politik.

Dua isu yang sengaja diadakan Saifuddin Nasution, isu REE dan isu projek litar lumba motor. Diulang-ulang dengan niat mencemar nama baik pentadbiran Sanusi. Keterdesakan jelas terpapar apabila Saifuddin menyalahgunakan SPRM untuk memuaskan haloba.

Buat pertama kali di Negeri Kedah setiap Exco serta pegawai tinggi kerajaan bahkan Penasihat Undang-undang Negeri diheret menghadap SPRM. Soal siasat yang mengambil hampir 8 jam atas isu yang jelasnya sudah pernah disiasat oleh SPRM. Sudah pernah dikeluarkan kompaun pun. 

“Nak beri gambaran nak beri persepsi. Ada kesalahan besar telah berlaku. Sebab itulah ada tangkapan. Ini semua penyalahgunaan agensi untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan kita ini tidak bersih,” – Sanusi

Menggunakan semua jentera agensi untuk menyiasat. Mengambil maklumat penyiasatan. Menyebar kepada awam melalui media, ceramah. Ini semua taktik lapuk Saifuddin seangkatannya untuk menekan pihak sasaran.

Usaha menjatuhkan PN semakin rancak tatkala di ambang PRN 6 negeri. Berani kerana benar, takut kerana salah. Tidak gentar. Sememangnya sokongan rakyat terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi amat padu sehingga mencetus fenomena. Tidak hairan pihak lawan kebimbangan. Kuasa disalahguna untuk kepentingan politik semata.

Sekian. 

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -