Ceramah batal, Felda tak benarkan

Mohd Hasnizan Harun
- Advertisement -

RASA terkilan tapi apakan daya kami akur dengan arahan pihak polis yang telah menarik balik permit kebenaran yang telah diberikan kepada kami apabila pihak Felda tidak benarkan.

- Advertisement -

Kronologi pembatalan

Lebih terkilan lagi boleh dikatakan setiap pelosok kawasan dan negeri berceramah sana sini dan PMX sendiri berkempen di university-universiti. Malang sungguh tiba-tiba di kawasan kami satu-satunya ada Felda di Selangor ini kami tidak dibenarkan.

Kami telah mohon permit pada hari Ahad 16 Julai 2023 kepada pihak polis. Seterusnya kami telah memohon kebenaran kepada pihak Pengurusan Felda pada Isnin 17 Julai dan permohonan kami ditolak oleh Pengurusan Felda Desa Maju Sungai Tengi. Apabila ditolak saya telah cuba hubungi Pengurus Felda sebanyak 2 kali dan saya tahu dia sedang online tapi tidak menjawab panggilan saya.

Tidak lama kemudian PA saya maklumkan Timbalan Pengurus Felda memaklumkan pada beliau surat itu tidak dibenarkan tapi kiranya pihak polis benarkan tak ada masalah.

Sebelah malamnya lepas Isyak lagi sekali PA saya telefon saya dan maklumkan menerusi Timbalan Pengurus Felda bahawa Wilayah Felda Trolak pula mohon abaikan surat tersebut dan akan berikan surat yang baru dan difahamkan tidak ada masalah.

Malam tu juga saya arahkan rakan-rakan saya untuk buat persiapan dan saya sendiri turun padang membincangkan berkaitan tempat ceramah, khemah dan juga persediaan makanan.

Pada Selasa 18 Julai 2023 kami telah mulakan pembelian barang‐barang yang diperlukan serta pemasangan khemah dan stage…pada sebelah petangnya kami juga telah menerima surat kelulusan dari pihak polis walaupun salah tarikh tapi surat permohonan kami jelas tarikh ceramah adalah pada 19 Julai 2023.

Selepas solat Isyak pada 18 Julai 2023 ketika di surau saya terima panggilan dari PA saya menyatakan pihak polis terpaksa menarik balik surat kelulusan atas sebab pihak Felda tidak berikan kelulusan.

Persiapan telah dibuat barang keperluan sudah dibeli dan sebagainya. Saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada PA Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan dan dalam masa yang sama ingin mendapatkan pandangan dari Tan Sri…dan nasihat Tan Sri supaya akur dengan arahan pihak polis.

Saya dengan ini mohon maaf kepada rakyat Hulu Selangor khususnya warga peneroka Gugusan Felda di Sungai Tengi Selatan, Desa Maju Sungai Tengi , Soeharto dan juga Gedangsa.

Insya-Allah saya akan susun semula jadual untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin datang semula ke Hulu Selangor. Tunggu dan nantikan…

Siiru’ala barakatillah

MOHD HASNIZAN HARUN
Ahli Parlimen Hulu Selangor
Ketua Perhubungan PN Hulu Selangor
YDP PAS Kawasan Hulu Selangor – HARAKAHDAILY 19/7/2023

- Advertisement -