Anwar tidak perlu ungkit, hutang peneroka telah selesai

Mohd Zai Mustafa
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dianggap ketandusan isu apabila mempertikaikan pelupusan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini.

- Advertisement -

Malah pelupusan hutang Felda itu diakui bekas Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh sebagai sudah selesai.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, Perdana Menteri sekadar mahu meraih populariti setelah hilang idea bagi menarik sokongan peneroka Felda.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak diungkit lagi Perdana Menteri kerana ia sudah lama ditangani kerajaan PN.

“PMX wajar bercakap dan bertindak dengan jujur bagi memperlihatkan integriti sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia Madani.

“Sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan bantuan dan projek bagi membangunkan warga Felda khasnya generasi kedua.

“PMX boleh mengumumkan peruntukan pembangunan untuk generasi muda Felda dalam bidang keusahawanan dan kemahiran serta pendidikan dan bukannya mengumumkan perkara yang sudah selesai,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ketika sambutan Hari Peneroka Felda 7 Julai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion akan dihapuskan.

Berikutan itu kerajaan menubuh Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu Felda diketuai Tan Sri Wahid Omar.

Dan pada 14 Oktober 2020 pasukan tersebut membentang perancangan pemulihan Felda termasuk pembelian saham FGV dan pengukuhan kewangan Felda serta penghapusan hutang peneroka.

Dan Jemaah Menteri meluluskan cadangan peruntukan RM9.9 bilion melalui penerbitan sukuk untuk pemulihan Felda yang dilaksanakan secara berperingkat antara 2021 hingga 2026.

Malah bekas Pengerusi Felda pada kenyataan pada 24 Februari lalu menjelaskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion sudah selesai dilaksanakan pada 2021.

Oleh itu Mohd Zai berharap PMX lebih fokus kepada urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi ketika negara sedang berdepan dengan kemuncupan ekonomi dan kejatuhan ringgit. – HARAKAHDAILY 12/7/2023

- Advertisement -