Mesyuarat SPR tentu tarikh PRN enam negeri bermula

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlangsung pagi ini bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

- Advertisement -

Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang dijangka mengambil masa kira-kira lebih sejam sebelum sidang media diadakan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak, ahli-ahli SPR iaitu Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Datuk Dr Lee Bee Phang, serta pegawai-pegawai kanan SPR.

PRN diadakan kerana keenam-enam negeri berkenaan tidak mengikut kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen dan DUN serentak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas.

Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor sehari selepas itu (23 Jun), tiga DUN iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah pada 28 Jun manakala DUN Negeri Sembilan dibubarkan 1 Julai. – BERNAMA

- Advertisement -