Mesyuarat khas SPR Rabu ini bincang tarikh PRN

Datuk Ikmalrudin Ishak
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini untuk membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri yang terlibat.

- Advertisement -

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat itu susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu sidang media juga akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut. – BERNAMA

- Advertisement -