TG Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membatal dan menolak petisyen dikemukakan Umno Marang bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

- Advertisement -

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani, yang bertindak sebagai Hakim Pilihan Raya mendapati pempestiyen yang juga calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Sehubungan itu, Hassan mengarahkan pempestiyen membayar kos RM50,000 kepada pihak responden.

Peguam responden Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Undang-undang Pilihan Raya adalah sesuatu yang ketat dan perlu penelitian setiap aspek.

Katanya, hakim meneliti saksi-saksi yang ditampilkan iaitu 10 orang mewakili pempetisyen dan tiga orang responden.

“Ada saksi yang sepatutnya dipanggil termasuk pihak yang merakam video kes tersebut, namun pihak pempetisyen tidak memanggil individu terbabit bagi memberi keterangan.

“Keterangan responden lebih menyakinkan mahkamah. Kita berpuas hati dengan keputusan hakim hari ini,” katanya kepada pemberita selepas keputusan kes tersebut hari ini.

Menurutnya juga berdasar keputusan itu responden wajar menerima kos tersebut kerana pihak pempetisyen gagal meyakinkan mahkamah.

Lagipun, katanya untuk mengadakan pilihan raya semula sesuatu yang agak rumit kerana ia melibatkan kos yang besar.

Sehubungan itu, Tuan Guru Abdul Hadi kekal sebagai Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -