Fakta pelaburan Terengganu dari laporan rasmi MIDA

- Advertisement -

BEGINI YM Tengku Haphiz, biar saya jawab dulu sikit,

Sebelum itu, saya rasa hairan sebenarnya. YB Batu Buruk merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran dalam posting beliau mention 4 points. Tapi kenapa point ke-4 saja yang YM Tengku respon. 

Kalau YM Tengku betul-betul buka dan baca ‘Laporan Prestasi Tahunan Malaysia’ atau ‘Malaysia Investment Performance Report’ yang diterbitkan MIDA dari tahun 2013 hingga 2022, YM Tengku akan temui dari mana datangnya angka RM11.59 bilion (2018-2022) dan RM5.34 bilion (2013-2017).

Tapi tak apalah, mungkin YM Tengku tengah sibuk buat persiapan sebagai bakal YB. Saya tolong nyatakan siap-siap.

2013 : RM0.18 bilion.
2014 : RM1.57 bilion.
2015 : RM1.40 bilion.
2016 : RM2.11 bilion.
2017 : RM0.07 bilion.
Jumlah : RM5.34 bilion.

2018 : RM4.90 bilion.
2019 : RM0.64 bilion.
2020 : RM1.91 bilion.
2021 : RM3.83 bilion.
2022 : RM0.31 bilion.
Jumlah : RM11.59 bilion.

Data ini ialah nilai pelaburan bagi ‘Projek Perkilangan yang Diluluskan‘ atau ‘Approved Manufacturing Projects’. 

Jadi, sangkaan melulu YM Tengku, ‘Jika PAS Terengganu nak mengatakan laporan MIDA itu palsu atau sabotaj…’ itu nampak benar tak betulnya. Rupanya, YB Batu Buruk memang merujuk kepada laporan rasmi yang diterbitkan oleh MIDA. Kononnya nak lagakan PAS vs Azmin Ali dalam PNlah itu, tapi tak menjadi nampaknya. YM Tengku tolong selesai pertembungan Umno dan PKR dululah ya.

YM Tengku juga kata, ‘Ini kerana berdasarkan Laporan…’, padahal yang YM Tengku rujuk itu (lihat poster atau link) bukanlah ‘Laporan’, sebaliknya adalah ‘Pengumuman atau Siaran Media’. Sepatutnya YM Tengku rujuklah laporan yang sebenar. Untuk mudahkan YM Tengku, ini linknya: https://www.mida.gov.my/report/. Tapi kalau YM Tengku rasa berat nak baca laporan tebal-tebal ini, Pemuda PAS Terengganu sedia hantar wakil berjumpa YM Tengku untuk bantu YM Tengku baca dan fahami laporan-laporan ni.

Lepas itu, kalau YM Tengku nak buat perbandingan, buatlah secara adil. Janganlah banding prestasi 10 tahun (2007 – 2016) dengan prestasi lima tahun. Kaedah perbandingan sebegitu tak betul dan buruk sekali rupanya. Anak kita pun, yang umur 10 tahun dengan yang 5 tahun, mana nak samanya. Tengok cara YB Batu Buruk buat, bandingkan 5 tahun terakhir BN dengan 5 tahun terkini PAS, kan comel. 

Satu lagi, untuk makluman YM Tengku, data pelaburan yang diterbitkan oleh ECERDC dan MIDA ada perbezaannya. Masing-masing ada definisi, klasifikasi yang berbeza. Jadi, jangan campur aduk. Jangan hentam data MIDA atas data ECERDC; dan sebaliknya. 

Akhir sekali, satu teka-teki untuk YM Tengku.

Data pelaburan komited ECER di Terengganu bagi tempoh 2018-2022 adalah berjumlah sekitar RM10.6 bilion. Dari mana datangnya angka ini? 

Saya bagi pilihan jawapanlah untuk mudahkan YM Tengku. 

A. ECERDC.
B. MIDA.
C. Unit Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran (SUK).
D. Semua di atas.
E. Tidak tahu atau tidak pasti.

YM Tengku cari jawapan deh…,

USTAZ MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -