Program kebajikan tarik minat penduduk dekati PAS

- Advertisement -

SANDAKAN: Tertarik dengan program kebajikan yang sering dianjurkan PAS Sabah menyebabkan penduduk Pulau Nunuyan dekat sini semakin mendekati parti terbabit.

- Advertisement -

Peluang itu diambil Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dengan mengedar 200 borang keahlian kepada wakil penduduk Talib Mama yang juga Imam Qariah Masjid Al- Fateh Kampung Pulau Nunuyan.

Program tersebut diadakan sempena Jelajah Prihatin Ustazah Asmak Husin ke Sandakan bersama NGO Ikhtiar Insan Care (IIC) dengan kerjasama NGO Untukmu Sandakan, Libaran Prihatin dan Nisa’ Sabah.

Program tersebut yang diadakan tiga hari berakhir hari ini dengan pemberian sumbangan barang dapur kepada 50 asnaf di sekitar Pulau Kampung Nunuyan.

Sahar yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Sandakan berkata ikatan silaturrahim dan kasih sayang yang terjalin berpaksi Islam akan berkekalan sehingga alam akhirat.

“PAS Sabah masih lagi sebahagian daripada kerajaan negeri yang memerintah sekarang. Kami sebenarnya tidak asing mempelopori agenda kebajikan bersama rakyat Sabah,” katanya pada program tersebut.

Oleh itu kata beliau penduduk pulau perlu mengutamakan pendidikan agama teutamanya pembelajaran al-Quran supaya masyarakat celik dan mampu menguasai serta memahami isi kandung al-Quran.

YDP PAS Libaran, Abdul Wara’ Mohammad turut berbesar hati di atas sambutan baik penduduk pulau terbabit kepada rombongan PAS sempena jelajah kebajikan tersebut.

Menurutnya juga PAS Zon Sandakan berkerjasama dengan NGO IIC memberi sumbangan kepada golongan asnaf yang tinggal di pulau terbabit.

“Sumbangan kebajikan tidak asing dengan PAS dengan pemberian bakul makanan dalam siri-siri kebajikan yang dilakukan sejak dahulu sehingga sekarang,” ujarnya.

Setiausaha Masjid Al Fateh kampung tersebut Tawil Jawilah melahirkan perasaan terharu di atas sumbangan bakul makanan yang sering dianjurkan PAS dan NGO.

Sementara itu Asmak yang juga penaung IIC turut berbesar hati di atas penerimaan dan sambutan baik penduduk tempatan pada program tersebut.

Menurutnya juga NGO IIC beroperasi sejak tiga tahun tahun melaksanakan misi kebajikan di seluruh Malaysia dan Patani Thailand serta pemberian bantuan kepada murabitun di Masjidil Aqsa, Palestin.

Program terbabit dihadiri lebih 100 penduduk tempatan. Rombangan PAS dan Ustazah Asmak turut menziarahi empat keluarga yang sakit terlantar sakit. – HARAKAHDAILY 18/6/2023

- Advertisement -