Kerajaan Negeri bantu komuniti perikanan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, pada hari ini saya bersama komuniti sektor perikanan dalam Program Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti Perikanan Zon Timur 2023.

Program yang diadakan di ToK Bali ini sangat penting dalam usaha Kerajaan Negeri menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.

Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan beberapa peruntukan bagi membantu para penternak, pengusaha-pengusaha khususnya dalam sektor perikanan:

1. Peruntukan RM52,950.00 bagi bantuan berbentuk input perikanan seperti peralatan menangkap ikan (pukat udang tiga lapis, pukat hanyut dan pukat kaya). Seramai 284 orang nelayan pantai di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh akan menerima bantuan ini.

2. Bantuan berupa peralatan menangkap ikan kepada nelayan darat Negeri Kelantan bernilai RM51,617.00 turut disampaikan meliputi perolehan peralatan menangkap ikan seperti pukat hanyut (mono-net) sebanyak 741 utas keseluruhannya. Seramai 247 orang nelayan darat tulen akan mendapat manfaat ini.

3. RM46,300.00 bagi Bantuan input kepada 3 usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Negeri Kelantan iaitu peralatan sokongan berupa mesin dan peralatan bagi menyokong peningkatan pengeluaran produk pemprosesan.

4. RM170,695.00 bagi Bantuan Input Ternakan Akuakultur bagi Peningkatan Aktiviti Ternakan Akuakultur dan Sokongan kepada 35 Penternak /Komuniti Akuakultur Kelantan kepada 32 penternak.

Berdasarkan rekod Pejabat Perikanan Negeri Kelantan, jumlah pengusaha akuakultur aktif dianggarkan seramai 1,000 orang dengan keluasan kawasan ternakan 78 hektar.

Sejumlah 54,691.68 tan metrik hasil dari ternakan akuakultur pada tahun 2010 hingga 2021 dengan pengeluaran tertinggi pada tahun 2019 dengan 6,449 tan metrik, manakala pengeluaran pada tahun 2021 ialah 6,018 tan metrik dengan nilai RM48.8 juta.

Seramai 19 orang usahawan telah terlibat secara langsung pada karnival hari ini di mana 17 daripada Negeri Kelantan, 1 dari Negeri Terengganu dan 1 dari Negeri Pahang.

Syabas dan tahniah kepada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dan seluruh komuniti perikanan.

YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 6/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -