Jangan buat saya macam sampah – Noh Omar

FOTO: J KEMALA
- Advertisement -

TANJONG KARANG: “Saya sedih sebab saya memimpin Umno Tanjong Karang 30 tahun lebih. Usaha saya disia-siakan, dikata saya pengkhianat, tak kenang jasa.

- Advertisement -

“Sapa tak kenang jasa. Saya menjadi ahli parlimen selama enam penggal hampir 30 tahun. Kalau nak sepak saya dengan baik lah…jangan buat saya macam sampah,” luah bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Oleh itu, katanya beliau terpaksa mencari payung baharu memandangkan rumah yang sedia ada sudah terbakar.

“Alang-alang nak hancurkan Umno Tanjong Karang, ayuh kita bangkit sokong PERIKATAN NASIONAL,” katanya pada ceramah PERIKATAN NASIONAL (PN) pada siri Jelajah Selangor Baharu di sini, malam tadi.

Kata beliau juga di bawah PN rakyat termasuk golongan pesawah, nelayan dan penjaja kecil akan terus mendapat pembelaan.

Menurutnya, situasi itu dibuktikan semasa kerajaan PN mentadbir negara sebelum ini, di mana rakyat mendapat pembelaan ketika mereka berdepan dengan penularan wabak. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -