PRN detik penting rakyat Selangor buat perubahan

FOTO: J KEMALA
- Advertisement -

TANJONG KARANG: Rakyat Selangor kini meletak harapan besar kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas mereka berada di bawah kerajaan PKR-DAP sejak 2008.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, amanah rakyat itu terpaksa dipikul PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Gelombang yang dicetus PN akan menatijahkan kita ada kemampuan untuk menawan Selangor.

“Ini adalah titik pertama Gelombang Negeri Selangor untuk terus kita membuat perubahan pada PRN kali ini,” katanya pada ceramah Jelajah Selangor Baharu di KOMPAS, Tanjong Karang malam tadi.

Oleh itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat mengingatkan pemimpin PH-BN jangan terlalu memandang rendah terhadap kemampuan PN kerana ia sudah dibuktikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau juga berkata, kerajaan campuran yang diketuai PH-BN sekarang tertegak semata-mata mahu menyelamatkan individu yang bermasalah.

Kemuncaknya menurut beliau siri pembohongan terus berlaku, di mana selepas pilihan raya terpaksa bersekongkong selepas bertembung keras ketika kempen PRU.

“Penyokong Umno harus sedar bahawa orang Melayu telah ditipu oleh pemimpin mereka sendiri kerana agenda peribadi.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kaedah politik seperti ini. Maka PRN tidak lama lagi merupakan detik penting bagi membuat perubahan,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -