Isyarat jelas rakyat Selangor mulai tolak kerajaan PKR-DAP

FOTO: J KEMALA
- Advertisement -


TANJONG KARANG: Lautan manusia memenuhi tapak Kompleks PAS Selangor (KOMPAS) dan kawasan sekitarnya malam tadi, sebagai isyarat menggambarkan kebangkitan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)

- Advertisement -

Ia juga memperlihatkan gelombang hijau terus marak di Selangor untuk membolehkan rakyat negeri itu beralih kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas dikuasai PKR dan DAP sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Ceramah perdana sempena Jelajah PN di kawasan lapang KOMPAS mula dibanjiri orang ramai seawal jam 6 petang dan semakin sesak selepas jam 8 malam.

Kehadiran Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor disambut dengan laungan takbir. Manakala kehadiran bekas pimpinan Umno yang juga Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mendapat tepukan gemuruh.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi PN Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali; pimpinan Bersatu, Gerakan dan PAS Selangor.

Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum memenuhi setiap ruang tapak KOMPAS menjadikan kawasan tersebut sesak dengan orang ramai sejak Maghrib.

Ceramah dimula dengan bacaan doa oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Nushi Mahfodz Mohamed.

Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang memulakan ceramah mengajak orang ramai menghidupkan lampu telefon bimbit sebagai tanda menolak Kerajaan PH-BN. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -