PRT data untuk kerajaan bantu rakyat

- Advertisement -

ANTARA isu masyarakat yang kita fokus untuk selesaikan di peringkat awal kerajaan ialah bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan mendapat hak yang sepatutnya untuk mereka.

Di peringkat awal, Kerajaan Negeri tak ada data sendiri lalu kita bergantung kepada sumber data seperti dari JKM dan e-Kasih. Contohnya, agihan Kad Sejahtera dari Kerajaan Negeri pada peringkat awal dulu berdasarkan data e-Kasih. Dari situ kita terkejut bila ada penjawat awam yang tak layak turut tersenarai dalam e-kasih sebagai penerima Kad Sejahtera sebagaimana yang ambe tulis sebelum ini. Cukuplah ia menjadi suatu iktibar umum yang tidak berulang lagi. Jangan sampai nak minta kita dedahkan identiti.

Sewaktu kita buat Program agihan i-Suri, ada penerima yang mari naik Camry. Mungkin dia pinjam kereta orang kut. 

Satu lagi, maaf untuk dinyatakan bila kita duduk atas pentas dalam dewan di peringkat awal untuk agihan pelbagai bantuan, kita boleh nampak secara umum sangat ketara sedikit nisbah orang PAS berbanding dengan jumlah yang hadir. 

Sehinggalah Kerajaan Negeri mewujudkan Profile Rakyat Terengganu (PRT) maka barulah kita ada data penduduk sendiri. Di peringkat awal ramai juga yang menolak untuk isi PRT sehinggalah bila permohonan pelbagai bantuan dari Kerajaan Negeri seperti i-Fitri, i-Bantuan, Bantuan Awal Persekolahan, Pencen Rakyat dan lain-lain memerlukan pemohon berdaftar dengan PRT barulah mereka pakat kalut serbu Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN. 

Alhamdulillah, peratusan rakyat yang belum berdaftar PRT sudah sangat minimal. 

Hasrat kita bagi memastikan rakyat yang layak tanpa mengira penyokong parti mana sekalipun tidak tercicir dari senarai penerima pelbagai bantuan samada JKM, Maidam, i-Fitri, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan OKU, Bantuan Awal Persekolahan, Pencen Rakyat, Kad Sejahtera, i-Perantau, i-Belia dan pelbagai lagi. Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 31/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -