Taun ragut 420 nyawa di Cameroon

- Advertisement -

YAOUNDE: Seramai 26 orang lagi maut dalam wabak taun yang berterusan di Cameroon sejak dua minggu lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 426 orang.

- Advertisement -

Wabak itu yang diisytiharkan pada Oktober 2021 menyaksikan peningkatan sejak Mac tahun ini selepas tempoh penularan rendah.

Jumlah kes yang disahkan di Cameroon kini berjumlah 1,868, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Linda Esso.

Taun boleh menyebabkan cirit-birit akut, muntah-muntah dan lemah, dalam kebanyakan kes merebak melalui makanan atau air yang tercemar. Penyakit ini boleh membunuh dalam beberapa jam jika tidak dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan semalam melaporkan bahawa 14 negara Afrika melaporkan kes taun sejak awal tahun ini.

WHO menyatakan kebimbangan kerana banyak negara melaporkan nisbah kematian kes yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Di Cameroon, lebih 79 peratus kes mangsa mendapatkan rawatan selepas berada dalam keadaan sederhana atau teruk, meningkatkan risiko membawa maut, kata Kementerian Kesihatan. – REUTERS

- Advertisement -