‘Pelancong kini telah memilih negeri Perlis’

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, Perlis bertuah kerana pelancong kini telah memilih negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

- Advertisement -

“Kita sebenarnya begitu bertuah kerana pelancong-pelancong kini telah memilih negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan mereka.

Pada tahun 2022, seramai 2.99 juta pelancong telah berkunjung ke negeri Perlis. Kita mengharapkan peningkatan jumlah pelancong pula pada tahun ini, insya-Allah,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, di sini, hari ini.

Menurut beliau, program tersebut diadakan bagi bagi menyemarakkan lagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan Tahun Melawat Kelantan 2024.

“Saya amat yakin dengan keunikan budaya yang ada pada kedua-dua negeri ini dapat menarik pelancong sama ada domestic mahupun antarabangsa.

“Kita sebenarnya cukup bertuah kerana Negeri Perlis telah dipilih sebagai tempat untuk pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan program silang budaya ini dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Perlis,” katanya lagi.

Program selama tiga hari itu bermula pada Selasa, 30 Mei hingga Khamis, 1 Jun.

Ia diisi dengan pelbagai program antaranya persembahan kertok kelapa, rebana ubi, gasing terbang, seni silat tari serta wayang kulit.

Juadah tradisional Kelantan juga dibawa khas untuk  dirasai rakyat negeri Perlis seperti kuih akok, lompat tikam, jala emas dan pelbagai lagi. – HARAKAHDAILY 1/6/2023

- Advertisement -