PAS Beaufort anjur ziarah rapat hubungan penduduk

- Advertisement -

BEAUFORT: Program ziarah penduduk miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim menjadi agenda PAS Beaufort bagi merapat hubungan dengan penduduk tempatan.

- Advertisement -

Semalam mereka mengadakan menziarahi golongan terbabit di Kampung Pimping, Brunei dan Kebatu bagi menyelami masalah rakyat.

Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin PAS dan rakyat.

Yang Dipertua PAS Beaufort Mohd Syahrazan Mohd Noh berkata, langkah turun ke lapangan bagi melihat sendiri keadaan rakyat di samping menyelami masalah rakyat dari dekat.

Pada program ziarah berkenaan, pemimpin PAS memberi sumbangan wang tunai kepada dua penduduk iaitu Syahnazreen Ahmad dan Abdullah Bolhassan yang menghidap penyakit psoriasis kronik dan strok.

Oleh itu Mohd Syahrazan berharap orang ramai menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program berkenaan. Sumbangan boleh disalur menerusi akaun Maybank 160278091673 atas nama Syahnazreen Ahmad.

Turut hadir pada program berkenaan Naib Yang Dipertua Beaufort Ukashah Md Zubir, Ketua Muslimat Nurquirul Kurus serta ahli jawatankuasa PAS kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 31/5/2023

- Advertisement -