Misi tercapai: Angkasawan Saudi selamat kembali ke bumi

Rayyanah Barnawi dirakam selepas keluar dari Kapsul SpaceX yang berjaya mendarat dengan selamat Teluk Mexico, Amerika Syarikat pada hari ini, 31 Mei 2023. (FOTO: Saudi Gazette/Axiom)
- Advertisement -

CAPE CANAVERAL: Dua Angkasawan Arab Saudi, Rayyanah Barnawi dan Ali Alqarniyang ditemani dua pesara angkasawan NASA,  Peggy Whitson dan John Shoffner selamat kembali pada awal pagi  hari ini, Rabu (31 Mei) selepas 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), yang terletak 360 kilometer dari permukaan bumi.

- Advertisement -

Kapsul SpaceX yang membawa keempat-empat berjaya mendarat di Teluk Mexico, tidak jauh dari Florida, 12 jam selepas ia dikendalikan untuk melayang keluar dari kapal angkasa SpaceX Dragon dari makmal yang mengendalikannya, lapor Saudi Gazette.

Barnawi mencipta sejarah sebagai wanita Arab pertama yang pergi dalam misi angkasa lepas apabila menyertai rakan sekerjanya, Al Qarni dalam Misi Axiom 2 (AX-2) itu dan tiba di ISS pada Isnin, 22 Mei lalu.

Empat angkasawan yang berjaya menyelesaikan Misi AX-2 (dari kiri) Peggy Whitson, John Shoffner, Ali Alqarni dan Rayyanah Barnawi. (FOTO: Axiom)

Menurut Barnawi, beliau mengesat air matanya yang berlinangan ketika dia berjaya menyelesaikan eksperimennya dan bersedia untuk meninggalkan ISS.

“Setiap kisah akan berakhir dan ini hanyalah permulaan era baharu untuk negara dan rantau kita,” katanya.

Semasa berada di makmal ISS, angkasawan AX-2 itu berjaya melaksanakan lebih 20 penglibatan jangkauan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan lebih daripada 20 kajian penyelidikan dalam mikrograviti, serta lapan acara media.

Kumpulan kru di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama-sama dua angkasawan Saudi, Rayyanah Barnawi dan Ali Alqarni pada 22 Mei 2023. (FOTO: Tangkapan skrin/Axiom)

Pada Isnin (29 Mei) lalu, Alqarni dan Barnawi melakukan jangkauan STEAM terakhir mereka yang melibatkan teknik pemindahan haba di angkasa. 

Semasa jangkauan itu dilakukan, Barnawi dan Al Qarni memantau pemindahan haba wayar semasa ia dipanaskan dan disejukkan.

Dua angkasawan Saudi itu telah menjalankan 14 eksperimen saintifik perintis sebagai sebahagian daripada misi saintifik mereka, yang termasuk enam eksperimen berkaitan dalaman otak dan sistem saraf, empat eksperimen dalam sel imun, dan eksperimen dalam teknologi pembenihan air. – HARAKAHDAILY 31/5/2023

- Advertisement -