Muslimat sedia bantu lebarkan kemenangan PAS, PN

- Advertisement -

KAMPAR: Kemampuan muslimat PAS membantu kemenangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak dapat disangkal lagi.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Perak, Hamisah Abas berkata, kesungguhan muslimat tidak terhenti di situ, sebaliknya mereka sedia menawarkan diri bagi membantu melancarkan tugas wakil-wakil rakyat.

Katanya, wakil rakyat boleh memanfaatkan tenaga muslimat bagi membantu tugas mereka di pusat-pusat khidmat Dun.

“Muslimat sedia hadir untuk membantu bagi melebarkan lagi kemenangan PAS di setiap Dun dan parlimen bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya pada Konvesnyen PAS Perak di sini semalam.

Hamisah juga berkata, ada dalam kalangan pimpinan muslimat PAS Perak pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran ketika Perak diterajui PN pada penggal lepas.

Katanya pengalaman itu dapat dimanfaatkan sekiranya PAS dan PN menerajui Perak pada pilihan raya akan datang.

“Oleh itu kebolehan muslimat memimpin masyarakat tidak dapat disangkal lagi kerana ia sudah terbukti ada dalam kalangan mereka sekarang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Adun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -