MB harap Projek Jeti Bersepadu Sanglang diberi perhatian

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Perlis berharap agar Kerajaan Persekutuan memberi perhatian dan pertimbangan kepada pembangunan Projek Jeti Bersepadu Sanglang (SIJ).

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, projek tersebut merupakan nadi bagi membawa rakyat negeri ke tahap lebih baik.

“Bagi permohonan akan datang, saya amat berharap kerajaan pusat memberi perhatian kepada Projek Jeti Bersepadu Sanglang.

“Suka saya maklumkan bahawa projek ini juga merupakan salah satu projek nadi dan keutamaan negeri yang dilihat akan membawa ekonomi negeri ini ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggl, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) di Dewan Bankuet, Komplkes Pentadbiran kerajaan negeri Perlis, hari ini.

Menurut beliau lagi, pihaknya sedang memberi fokus kepada nod-nod pembangunan utama negeri.

“Antaranya di Padang Besar, Kangar, Kuala Perlis dan Sanglang serta projek-projek sokongan yang akan melengkapkan ekosistem di nod pembangunan tersebut,” ujarnya lagi.

Mohd Shukri juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat berkaitan kelulusan projek berimpak tinggi di negeri ini.

“Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan projek-projek berimpak tinggi di Perlis melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-12).

“Antaranya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis Inland Port, Kangar Sentral, Universiti Kuala Lumpur – Asian Sustainable Transportation Institute (UniKL-ASTI).

“Projek-projek ini terutamanya CVIA telah mula menampakkan hasil di mana Perlis kini mula mendapat perhatian pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -