Bina telaga tiub tangani bekalan air di Perlis

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Perlis membuat persediaan bagi menghadapi musim kemarau dengan membina telaga tiub bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi keperluan pengguna di negeri itu.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, perbincangan diadakan dengan Syarikat Air Perlis (SAP) bagi membina telaga tiub di tempat tertentu untuk memastikan bekalan air mencukupi.

Malah katanya paras air di Empangan Timah Tasoh masih mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat bagi tempoh dua bulan lagi jika cuaca panas berlarutan.

“Setakat ini bekalan air masih lagi mencukupi,” katanya pada sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-80 Tuanku Raja Perlis, di sini semalam.

Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan tersebut diadakan program rakyat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad dekat sini. Antaranya pertandingan sepak regu, gubahan, tendangan penalti dan pelbagai lagi.

Menteri Besar turut merakam penghargaan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan penganjuran program terbabit. – HARAKAHDAILY 18/5/2023

- Advertisement -