Penafian kutipan derma bayar saman

- Advertisement -

PENULARAN video kutipan derma bagi menampung kos bayaran saman YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah adalah satu pembohongan dan cubaan jahat untuk memburukkan imej YAB Menteri Besar dan PERIKATAN NASIONAL.

Saya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada kutipan derma daripada pihak YAB Menteri Besar Kedah ataupun PERIKATAN NASIONAL. 

Oleh yang demikian kami akan membuat laporan polis dalam masa terdekat dan mengharapkan pihak bertanggungjawab menyiasat dan segera ambil tindakan yang amat tegas kepada individu yang cuba memburukkan imej Menteri Besar Kedah.

MOHAMAD HILMI ABDUL WAHAB
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 17/5/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -