CEO Penang Infrastucture Corp kelirukan awam

- Advertisement -

PERTUBUHAN Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) menyifatkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn Bhd yang mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan orang ramai adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Perkara ini disahkan melalui kenyataan media Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada 20 Mei 2021 semalam yang menyatakan bahawa pihak mereka belum menerima EMP (Environmental Impact Plan) yang selaras dengan konsep semasa daripada Pemaju Projek Penang South Reclaimation (PSR). Ini bertentangan dengan kenyataan tidak benar kononnya EMP dijangka akan dipertimbangkan pada akhir bulan ini.

- Advertisement -

Kenyataan tidak benar ini sangat tidak profesional apabila tidak menghormati bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar berkaitan kelulusan EMP dan dipercayai berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai serta boleh membina keyakinan palsu untuk pelabur-pelabur.

LEKAS akan terus konsisten membantah projek PSR yang menyebabkan kemusnahan kekal (irreversible damage) dan kesan sampingan (residual impact) ke atas ekosistem dataran lumpur (mudflat), kawasan penangkapan ikan (fishing ground) , kawasan pendaratan penyu, kawasan terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan.

Kemusnahan kekal dan kesan sampingan yang menjejaskan alam sekitar ini sememangnya jelas dinyatakan dalam surat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) pada 25 Jun 2019 yang tidak dijelaskan secara meluas oleh Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang untuk pengetahuan umum.

LEKAS akan sentiasa tegas membantah sebarang propaganda ‘Green-Washing’ yang dimainkan oleh pihak tertentu berkenaan PSR dan terus konsisten menyokong Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang bagi memastikan slogan ‘Penang Greener’ yang sebenar dapat direalisasikan. 

Sekian terima kasih.

ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang – LEKAS
(Chairman, Penang Sustainable Natural Heritage Association) – HARAKAHDAILY 21/5/2021

https://www.facebook.com/216521635176655/posts/1791597667669036/

- Advertisement -