Ziarah erat sesama warga Kota Samarahan

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan secara konsisten telah mengadakan aktiviti ziarah kebajikan untuk membantu para asnaf.

- Advertisement -

Mereka yang disantuni terdiri daripada golongan miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah dan yatim di mana lebih dikenali dengan ringkasan MOSWAY.

Ziarah ini diketuai oleh Pengerusi LKK Muslimat PAS Kota Samarahan, Mastura Julai bersama Ketua Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Ustazah Dr Uswah Tahir.

Turut bersama dalam rombongan dan mengiringi mereka adalah Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustazah Nurmazidah Yahya bersama beberapa Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kota Samarahan.

Rombongan tersebut turut telah menziarahi rumah golongan OKU di Kampung Meranek dan telah menyampaikan sedikit sumbangan untuk keluarga dilawati itu.

Selain itu, rombongan juga menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Samarahan di Kampung Tanjung Bundong Lot dan Simpang Kampung Plaie.

Ziarah diadakan ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga golongan MOSWAY selain untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan keluarga Ahli Jawatankuasa PAS Kota Samarahan. – HARAKAHDAILY 5/1/2020

- Advertisement -