Calon PH tidak mengundi, elak jawab media

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, mengelak menjawab apabila ditanya oleh media mengenai lokasi beliau akan membuang undi.

- Advertisement -

Ketika ditemui di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Duri di sini, Joohari dilihat seperti tidak menyangka soalan itu dan hanya menjawab, “Er… nanti saya mengundi.”

Pusat pengundian ini menjadi tumpuan orang ramai apabila calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Abidin Ismail atau Abang Abidin turut mengundi di sini.

Sekitar jam 9:00 pagi, pusat pengundian ini sudah dipenuhi oleh orang ramai yang datang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Tidak ketinggalan, penyokong yang hadir memberikan sokongan padu kepada calon PN yang datang dari pelbagai negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, dan Perlis.

Kehadiran ramai penyokong dari pelbagai negeri menunjukkan sokongan yang kuat terhadap calon PN.

Suasana di pusat pengundian yang penuh sesak mencerminkan semangat demokrasi yang tinggi dalam kalangan rakyat.   – HARAKAHDAILY 6/7/2024

- Advertisement -